Maklumat peperiksaan pertengahan tahun 2011


Kepada Semua Guru 

SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN

81500 PEKAN NANAS, JOHOR.                                                                                                                                                                          5 Mei 2011

Sila turunkan tandatangan di ruangan yang disediakan ( Pengesahan Menerima Maklumat Peperiksaan) di kaunter pejabat sekolah untuk mengesahkan tuan telah membaca maklumat peperiksaan yang dipaparkan di bilik guru, papan kenyataan peperiksaan Blok A ( Tingkat 1) atau menerusi laman web peperiksaan  di laman ini.

Sekian, terima kasih.

Takwim Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Tingkatan Mula Tamat
Peralihan 24.05.2011 26.05.2011 16 Mei – Hari Guru
Tingkatan 1 19.05.2011 26.05.2011 17 Mei – Cuti Wesak
Tingkatan 2 19.05.2011 26.05.2011
Tingkatan 3 19.05.2011 26.05.2011 27 Mei 2011
Tingkatan 4 09.05.2011 26.05.2011     P n P seperti biasa
Tingkatan 5 06.05.2011 26.05.2011
Tingkatan 6 03.05.2011 27.05.2011

*Cuti pertengahan tahun 28.05 – 05.06.2011

1. Peperiksaan dijalankan seperti mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan kecuali pindaan dengan kebenaran Pengetua.

2. Alatulis yang disediakan oleh pihak sekolah;

i. Kertas graf

ii. Kertas lukisan

iii. Kertas kaligrafi

3. Penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum sewaktu peperiksaan

i. Senarai maklumat pelajar-pelajar terbabit perlu diserahkan kepada S/U Peperiksaan

ii. Kertas soalan mesti dikutip

iii. Masa dan tarikh menduduki peperiksaan akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa

iv. Guru pengawas akan dilantik untuk mengawas peperiksaan ini

4. Pengurusan peperiksaan adalah mengikut tatacara peperiksaan dalam SPSK.

i. Kertas soalan mesti disediakan dan dihantar ke Bilik Operasi Peperiksaan sehari sebelum hari subjek terbabit diuji.

ii. Guru penyedia kertas soalan memastikan jumlah kertas soalan atau jawapan adalah sama dengan jumlah pelajar terkini.

iii. Pengawas peperiksaan ialah guru matapelajaran mengikut jadual persendirian masing-masing atau jadual guru ganti.

iv. Guru pengawas untuk waktu perhimpunan ialah guru tingkatan.

v. Guru mesti menurunkan tandatangan untuk;

a. Pengambilan kertas soalan

b. Penyerahan skrip jawapan

vi. Item yang perlu diserahkan kepada S/U Peperiksaan selepas setiap sesi peperiksaan seperti dalam jadual

a. Kertas soalan

b. Jadual Spesifikasi Item (JSI)

c. Skema jawapan

d. Ralat ( Jika ada)

5. Semua guru pemeriksa kertas wajib akur dengan skema pemarkahan ditetapkan. Guru mesti memastikan skrip jawapan telah disemak dan ditanda sebelum markah diserahkan kepada guru tingkatan.

6. Tarikh-tarikh penyerahan markah

13 Jun 2011 Guru mata pelajaran menyerahkan markah kepada guru tingkatan
14 Jun 2011 Guru tingkatan melengkapkan SAP dan menyerahkan kepada S/U Peperiksaan;Peralihan – Cik Nooraziah Ahmad @ Ahmad Jonit

Tingkatan 1 – Cik Siti Izawati binti Ibrahim

Tingkatan 2 – Pn Norimah Murni binti Yasin

Tingkatan 3 – Cik Noor Sharliana binti Md Nasir

Tingkatan 4 – Pn Turipah binti Ahmat

Tingkatan 5- Pn Siti Zubaidah binti Mohd Shahrir

Tingkatan 6 Atas – Pn Noorashikin binti Mohamed

16 Jun 2011 S/U Peperiksaan menyerahkan SAP kepada PPD/JPNJ

7. Laporan postmortem disediakan oleh guru penyedia kertas soalan. Postmortem mesti mengandungi;

i. Analisis item

ii. Analisis Keputusan Keseluruhan

iii. Laporan  Aspek Kekuatan

iv. Laporan Aspek Kelemahan/Kesilapan

v. Laporan Penambahbaikan

8. Senarai  semak laporan postmortem dibuat mengikut panitia dan tingkatan untuk mengelakkan masalah keciciran laporan. Ketua    Panitia mesti menyerahkan laporan dan salinan senarai semak kepada Penyelaras Peperiksaan.

9. Jika terdapat sebarang kesulitan sila hubungi S/U Peperiksaan Dalaman sekolah.

  1. Pengesahan Menerima Maklumat Peperiksaan 2011 « Yuhoo!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: